HUBUNGI KAMI
Tel: +6084-314568
Fax: +6084-327678
Email:

 
QR CODE
 
 
PAGEVIEWS
 
PENGUMUMAN
 CUTI SEKOLAH BERMULA 12/11/2015


 
VISI
 
Mewujudkan Budaya Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2014
 

 
MISI
 
Menerapkan Kemahiran Berfikir
 

 
MATLAMAT SEKOLAH
 
Matlamat yang disasarkan oleh sekolah meliputi pelbagai aspek pendidikan negara. Terdapat tiga matlamat iaitu:-

- Membina dan membentuk satu iklim yang membolehkan berlakunya proses pendidikan yang
  berkesan dan berkualiti.
- Melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan ilmu supaya dapat menghadapi segala
  cabaran dan rintangan dengan keyakinan dan berwibawa.
- Melahirkan insan yang boleh menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
 
OBJEKTIF SEKOLAH
 
Lima objektif yang digariskan oleh sekolah ialah:

- Mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
- Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia.
- Membentuk generasi murid sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya
  yang bercanggah dengan nilai-nilai moral.
- Menyediakan murid yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi
  keperluan negara. 
 
FALSAFAH & NILAI SEKOLAH
 
Falsafah yang dipegang oleh sekolah ini adalah berilmu, berdisiplin dan berwawasan serta sentiasa bertindak ke arah kecemerlangan dengan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi mencapai falsafah ini, pihak pentadbir, para guru dan anggota kakitangan sokongan sekolah ini akan memahami dan menghayati budaya kerja sekolah yang sentiasa mengamalkan dan menerapkan dalam aspek-aspek seperti berikut:

- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Visi, Misi dan Matlamat Sekolah
- Memelihara & mempertingkatkan imej sekolah, jabatan & kementerian pelajaran setiap masa
- Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada para pelajar
- Mementingkan objektif bagi setiap tugas
- Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan
- Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah
- Mengamalkan sikap jujur, ikhlas, amanah serta adil
- Mengamalkan kepemimpinan melalui teladan dan perkhidmatan penyayang
- Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
- Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
 
MOTO SEKOLAH
 
 
 
SLOGAN KATA SEKOLAH
 
 
 
LENCANA SEKOLAH
 
 

Warna

Makna

Biru

Bermaksud kestabilan, perpaduan, dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru.

Hijau

Melambangkan keharmonian, ketenangan, kesegaran, dan kecerdasan minda.

Merah

Melambangkan semangat keberanian dan ketahanan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek untuk meghadapi cabaran.

Kuning

Melambangkan kemantapan dan kejituan jentera Pentadbiran.

Ikon

Makna

Bentuk Perisai

Asas logo terbina daripada bentuk perisai yang secara tradisinya melambangkan keteguhan prinsip, kejituan dan kemantapan matlamat untuk meninggikan matlamat ilmu demi kesejahteraan sejagat.

Komputer

Melambangkan generasi pelajar abad ke-21 yang berpotensi dalam melengkapkan diri dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Multimedia.

Buku

Buku di skrin komputer melambangkan wadah bagi penjanaan dan penerokaan ilmu. Ia merupakan asas kepada pencapaian seorang pelajar seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Daun Hijau

Ia melambangkan identiti sekolah yang berkonsepkan budaya cerita, bersih, aman dan tenang.

Kepala Graduan

Melambangkan matlamat pelajar ke arah kecermelangan dalam bidang akademik.

Ikatan Riben

Melambangkan semangat kerjasama perpaduan, kekitaan serta kasih sayang di kalangan warga Deshon dalam segala aspek.

Obor

Semangat perjuangan setiap pelajar mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan aktiviti kokurikulum.

 
MASKOT SEKOLAH
 
 
PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH
 
Piagam ini dibentuk untuk memastikan perkembangan dan penyuburan potensi pelajar secara menyeluruh ke tahap kecemerlangan dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara. Antara isi kandungan piagam pelanggan SMK Deshon, Sibu adalah seperti yang dinyatakan di bawah:
 
Kami
pendidik-pendidik SMK Deshon, Sibu
berikrar dan berjanji
akan melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Kami melaksanakan tanggungjawab
dan kewajiban kami dengan penuh dedikasi, iltizam, adil,
saksama, toleran, konsisten, kreatif dan inovatif,
selaras dengan
moto berilmu, berdisiplin dan berwawasan.
 
LAGU SEKOLAH
 
SMK Deshon sekolahku
Gedung ilmu pendidikan bermutu
SMK Deshon beriltizam
Menjadi pusat pengajian cemerlang
Berkepimpinan berwibawa berketerampilan
Berani menghadapi segala cabaran rintangan
Merealisasikan cita-cita dan wawasan
Itulah hasrat kami
 
Korus
Kami berjanji berikrar
Untuk mengharumkan namamu
Megah indah sekolahku
Kami bangga denganmu
Berilmu berdisiplin berwawasan
SMK Deshon terus maju
 
 
External Links
 
      
        
 
  
 
© 2014 SMK Deshon Sibu All Right Reserved.