下 霹 雳 中 华 总 商 会


下霹雳中华商会简介
ABOUT DEWAN PERNIAGAAN DAN
PERINDUSTRIAN CHINA HILIR PERAK

下霹雳中华商会
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN CHINA
HILIR PERAK


Address 地址:
马来西亚霹雳安顺市安顺工业园 77 – 78 号
No: 77 & 78 ( Tingkat Satu ), Jalan Industri 1,
Taman Perindustrian Anson, 36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Tel & Fax 电话&传真:+605 - 622 3875

Email 电邮: lpccc5066@yahoo.com


安顺历史
Asal - Usul Nama Teluk Intan



Teluk Mak Intan.

Nama Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan disekitar awal abad ke 19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.
Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.


Info lain:

• Nama asalnya ialah Teluk Mak Hitam.

• Nama asalnya Teluk Mak Intan. Seorang gadis bernama Intan dari sebuah keluarga keturunan Sumatera yang berpengaruh. Bapanya berulang-alik dari Sumatera ke sini untuk berniaga kain batik. Gadis ini mandi di tebing Sungai Perak bersama-sama rakan-rakannya. Cincin pemberian ibunya telah tenggelam dan lenyap di dalam lubuk Sungai Perak. Sejak itu diberi nama Teluk Mak Intan

• Kemudiannya Telok Mak Intan telah di tukar nama kepada Teluk Anson sempena nama Jeneral Archibald Anson iaitu gabenor Inggeris yang datang ke Telok Mak Intan pada masa itu.


Sejarah ringkas

• 1874 John Anderson melaporkan Teluk Intan adalah satu penempatan terawal di Hilir Perak selain Pasir Berdamar, Batak Rabit dan Durian Sebatang.

• 1875 Teluk Intan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan oleh penjajah Inggeris setelah termeterinya Perjanjian Pangkor 1874.

• Bandar ini lebih lewat berbanding Durian Sebatang, Pasir Bedamar dan Batak Rabit. Pada peringkat awal, Durian Sebatang adalah pusat pentadbiran sebagai pelabuhan untuk mengumpulkan bijih timah dari kawasan Batang Padang, Bidor dan Tapah.

• Residen British ke-3, Sir Hugh Low meminta jasa baik Gabenor Negeri Selat untuk mewujudkan bandar baru pentadbiran di Teluk Malunting (Teluk Mak Intan sebagaimana pelat Hugh Low).

• Ketika itu pemangku Gabenor Negeri Selat ialah General Sir Archibald Edward Harbord Anson (1826 – 1925). Anson setuju dengan cadangan Hugh Low, malah melukis pelan pertama bandar Teluk Intan. Anson dilantik sebagai pegawai daerah Teluk Intan dan bersara 1882.

• 15 Mac 1882 Bandar Teluk Anson diberi sempena namanya. Namanya diberikan oleh Hugh Low dalam persetujuan Majlis Negeri .

• Namun Durian Sebatang terus kekal sebagai penghubung kepada pemunggahan hasil tempatan terutama Bidor dan Tapah.

• Satu rancangan menyambungkan Teluk Anson dengan Durian Sebatang dan akan menyebabkan Teluk Anson menjadi sebuah pulau di dalam Sungai Perak.

• 1884 pemangku Residen Perak Frank Swettenham musykil dengan cadangan terusan ini.

• 1880-an zaman kereta api di Perak telah menyebabkan peranan sungai sebagai jalan perhubungan telah berubah. Stesen kereta api dan pelabuhan yang kukuh dibina di Batak Rabit. Pelabuhan ini sibuk sehingga Perang Dunia Kedua.

• Landasan kereta api menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh, Kampar, Batang Padang, Pulau Pinang, Taiping dan Kuala Lumpur. Kereta api lebih mudah dan cepat dan boleh mengangkut banyak barang terutama bijih timah dan getah serta kayu balak.

• Peranan pelabuhan Teluk Intan kedua penting selepas Pelabuhan Klang (Port Swettenham) dari tahun 1934 hingga 1940. Teluk Intan lebih penting berbanding dengan pelabuhan Pulau Pinang, Prai dan Port Dickson.

• 1938 Teluk Intan dijadikan Bandar Diraja untuk Raja Muda Perak sehingga kini. Penetapan itu dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918- 1938) yang ketika itu menjadi Sultan Perak.

• 1982 Sultan Idris II menukar nama Teluk Anson kepada Teluk Intan semula.

• 1962 Majlis Bandaran Telok Anson ditubuhkan iaitu sebuah Lembaga Kerajaan Tempatan. Dilantik seorang Pegawai Daerah.

• 1970-an peranan Teluk intan sebagai stesen kereta api dan pelabuhan ditamatkan kerana Sungai Perak semakin cetek dan hakisan tebing sungai menyebabkan gudang-gudang runtuh ke dalam sungai.

• 1 Disember 1979 Majlis Daerah Hilir Perak (MDHP) telah ditubuhkan di bawah penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan diisytiharkan melalui WARTA Kerajaan PKPU 27 dengan mencantumkan enam (6) buah Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan (LPKT) yang terpecah sebelumnya seperti berikut:
1. LPKT Langkap
2. LPKT Chui Chak
3. LPKT Pelawan
4. LPKT Batu Dua Belas
5. LPKT Hilir Perak
6. LPKT Teluk Intan

• 5 April 1980 Majlis Daerah Hilir Perak mula beroperasi sepenuhnya sebagai PBT tunggal bagi mengurustadbir kesemua kawasan diatas dalam Daerah Hilir Perak, dan tertakluk kepada :

1. Akta Kerajaan Tempatan 1976
2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
3. Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974

• 23 April 2003 Akibat dari pertumbuhan bandar yang terus berkembang pesat seperti industri, perumahan, perdagangan pelancongan, pembangunan lanskap dan keindahan bandar, infrastruktur/utiliti serta pengangkutan/lalulintas dan peningkatan hasil cukai oleh majlis telah menjadi asas sehingga melayakkan Majlis Daerah Hilir Perak dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan setelah mendapat kelulusan dari jemaah menteri melalui Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

• 4 April 2004 Majlis Perisytiharan telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak.



Tempat menarik


Menara Jam Condong Teluk intan
Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Uniknya condong seperti Menara Pisa di Itali. Dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong, setinggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Menara Condong Teluk Intan atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi dibina pada 1885 untuk menjadi tangki air sekiranya berlaku kemarau dan juga berperanan sebagai penentu waktu “Time Keeper” penduduk bandar Teluk Intan, Perak. Pada asalnya, bangunan ini dibina menegak oleh arkiteknya, Leong Choon Cheong namun ianya mula condong setelah berlaku banjir besar pad tahun 1889 dan 1895.

Menara ini terletak di antara pertemuan dataran segi empat, iaitu Jalan Pasar dan Jalan Ah Cheong dengan Jalan Selat dan Jalan Bandar dikiri dan kanan menara.

Sesuai dengan usianya menjangkau lebih 100 tahun, bangunan bersejarah ini pernah dilanda pelbagai kenangan diantaranya adalah pada tahun 1889 dan 1895 banjir besar telah berlaku sekaligus menenggelamkan bangunan tersebut, peristiwa ini adalah faktor yang menyebabkan bangunan tersebut condong dan menjadikannya lebih unik.

Selain itu, faktor yang menyebabkan Menara Condong Teluk Intan ini condong adalah kerana ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut.



Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK . Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban dalam masa Perang Dunia Kedua.


Lapangan Terbang Jendrata
Satu satunya lapangan terbang di Teluk Intan. Lapangan terbang persendirian ini terletak di ladang Jenderata.


 

下 霹 雳 中 华 商 会
DEWAN PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN CHINA HILIR PERAK
马来西亚霹雳安顺市安顺工业园 77 – 78 号
© Copyright 2015l Designed byTWTDesign

QRCode
Free Hit Counter