HUBUNGI KAMI
 
SMK TINGGI BATU PAHAT

Jalan Zaharah, 83000,
Batu Pahat, Johor. 
Tel:07-4341097  Fax:07-4334117
email:
smktbp@yahoo.com 

 
QR CODE
 

 
 
PENYELARASAN TARIKH PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SETIAP HARI ISNIN UNTUK MINGGU KETIGA SETIAP BULANYANG DIKENDALIKAN OLEH UNIT BERUNIFORM
TAHUN 2014
 
BIL
BULAN 
TARIKH
CATATAN 
1
JANUARI
12.01.2014
 
2
FEBRUARI
09.02.2014
 
3
MAC
09.03.2014
 
4
APRIL
13.04.2014
 
5
MEI
11.05.2014
 
6
JUN
15.06.2014
 
7
JULAI
13.07.2014
 
8
OGOS
10.08.2014
 
9
SEPTEMBER
14.09.2014
Cuti Sekolah
10
OKTOBER
12.10.2014
 
11
NOVEMBER
09.11.2014
 
12
Disember
14.12.2014
Cuti Sekolah
 
 
 

FOKUS HAL EHWAL MURID SMK TINGGI BATU PAHAT 2013

- Memperkasa keceriaan dan kebersihan bilik darjah/ bilik-bilik khas.
- Memperkasa pengurusan dan pelaksanaan 3 K (kebersihan, kesihatan dan keselamatan)
- Memartabatkan lembaga pengawas SMK Tinggi Batu Pahat.
- Memperkasa pengurusan buku teks (SPBT) dan Bilik Operasi SPBT sekolah (BOSS) bertaraf    “Lima Bintang”.
- Memperkasa pengurusan Bimbingan Dan Kaunseling dan member perkhidmatan kaunseling yang terbaik.
- Memartabatkan pengurusan asrama sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
- Memperkasa kebajikan murid.
- Memantapkan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah.
- Memperkasa pengurusan kantin sekolah.
- Memastikan semua murid mematuhi peraturan sekolah.
- Memperkasa sistem merit demerit sekolah.
- Menangani masalah ponteng kelas.
- Memperkasa budaya yang tua dihormati dan yang muda disayangi.
- Memastikan moto Budi Bahasa Budaya Kita menjadi tunggak dalam pembangunan modal insan.
- Memperkasa program pembangunan modal insan dan membina budaya bangsa.
- Memastikan semua murid memiliki kemahiran berkomunikasi dan kebolehan memimpin dengan cemerlang.
- Memastikan setiap tahun murid SMK Tinggi Batu Pahat menjadi duta JSL ke luar negara.
- Memastikan semua murid menjiwai slogan sekolah “Sentiasa Mencapai Kejayaan Tertinggi” dalam semua aspek.
 
 
PERATURAN MENGAMBIL KEPUTUSAN PMR/SPM/STPM

 (a)Pelajar-pelajar yang hendak berurusan dengan pihak sekolah hendaklah bersopan dan menunjukkan tingkah laku yang elok seperti berpakaian dengan kemas/sopan dan tidak merokok di kawasan sekolah.

(b)Pelajar-pelajar diminta membawa kad pengenalan dan memberitahu maklumat-maklumat yang diperlukan mengambil keputusan peperiksaan/ sebagainya.

(c)Pelajar-pelajar hendaklah beratur dengan tertib dan dilarang membuat bising/ mengganggu semasa mengambil keputusan peperiksaan.

(d)Pelajar-pelajar diminta menjelaskan semua bayaran-bayaran/ yuran/ apa-apa jua hutang yang tertunggak dengan pihak sekolah semasa mengambil keputusan peperiksaan/ sebagainya. Pihak sekolah berhak/ menggunakan budi bicara untuk menahan keputusan peperiksaan/ sebagainya mana-mana pelajar yang enggan berbuat demikian.  (Sila jelaskan hutang yang tertunggak DUA MINGGU sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan).

(e)Sebarang bayaran/ hutang yang tertunggak hendaklah diserahkan kepada guru yang ditugaskan. Kerani pejabat/guru-guru lain tidak akan menerima bayaran/ hutang yang tertunggak semasa keputusan peperiksaan diumumkan.

(f)Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengambil/ melihat keputusan peperiksaan bagi pihak pelajar lain.

(g)Hanya ibubapa/ penjaga pelajar sahaja yang dibenarkan mengambil keputusan peperiksaan anak/ jagaan, mereka hendaklah menbawa kad pengenalan/ angka giliran/ slip peperiksaan.

(h)Pelajar-pelajar/ Ibubapa/ penjaga dikehendaki menandatangani Buku Kenyataan Ambil semasa mengambil keputusan peperiksaan.

(i)Semua pertanyaan mengenai keputusan peperiksaan individu melalui telefon tidak akan dilayan.

(j)Semua keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada waktu pejabat pada hari pertama dan kedua selepas keputusan peperiksaan diumumkan oleh Jabatan/ Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada waktu persekolahan dan bilamana guru yang bertanggungjawab berkelapangan/ tiada aktiviti pengajaran.

(k)Pelajar-pelajar dilarang menunggu/ bertemu guru di bilik darjah untuk mengambil keputusan peperiksaan.

 
 
16.1.Di sekolah terdapat 3 jenis gerak kerja luar bilik darjah iaitu;
     (a) Pasukan Unit Beruniform
     (b) Kelab Dan Persatuan
     (c) Sukan Dan Permainan
 
16.2.Lain-lain gerak kerja luar di sekolah;
 
16.2.1. Badan Pembantu Pentadbir Sekolah;
     (a) Pengawas Sekolah
     (b) Pengawas Pusat Sumber
     (c) Pengawas/ AJK Asrama
     (d) Pengawas Surau
     (e) Jawatankuasa Tingkatan; Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan, Bendahari Tingkatan dan 3 orang pelajar s
          sebagai AJK Tingkatan.
     (f) Ahli Lembaga Koperasi
     (g) Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
     (h) Jawatankuasa Anti Dadah.
 
16.3 Badan Pembantu Pentadbiran Sekolah akan dilantik oleh guru-guru yang bertanggungjawab/ diarahkan oleh pengetua, seperti;
     a) Lembaga Pengawas Sekolah
     b) Warden Asrama Sekolah
     c) Guru-guru Tingkatan
     d) Guru Pusat Sumber
     e) Guru Lembaga Koperasi Sekolah
     f) Guru Kaunseling
     g) Guru Anti Dadah
     h) Guru-guru yang diarahkan
 
 
17.1 Badan/ Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform/ Sukan Dan Permainan;
     a) Setiap pelajar dimestikan menjadi ahli mana-mana SATU sahaja pasukan pakaian seragam yang ada di sekolah.
     b) Setiap pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing pada setiap hari ISNIN.
     c) Pelajar hendaklah menjadi ahli pasukan yang dianggotainya terus menerus dan keanggotaan pelajar direkodkan dalam
 
Jadual Kedatangan Sekolah oleh guru tingkatan.
     d) Semua pelajar yang beragama Islam DIWAJIBKAN menjadi Ahli Persatuan Agama Islam.
     e) Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli  lebih daripada TIGA persatuan termasuk kelab.
     f) Pelajar- pelajar digalakkan menumpukan SATU/ DUA acara olahraga yang diminati sahaja untuk mencapai
        kecemerlangan.
     g) Pelajar dibenarkan menjadi pemain/ ahli mana-mana SATU pasukan permainan yang diminatinya untuk memastikan
         jadual latihan yang cukup dan prestasi yang cemerlang.
     h) Setiap pelajar DIWAJIBKAN menjadi ahli dalam SATU Rumah Sukan yang ada di sekolah yang telah ditentukan oleh
         Setiausaha Sukan Sekolah.
 
17.2 Gerakkerja Luar Yang Lain
     a)  Pelajar yang berbakat dan berpotensi dalam bidang yang tertentu akan dipilih mengikut kesesuaian/ kebolehan/
          pengalaman pelajar berdasarkan keperluan semasa untuk mewakili sekolah/ daerah/ negeri.
     b) Pemilihan pelajar mewakili sekolah/ daerah/ negeri dalam aktiviti tertentu akan dilakukan oleh Guru 
         Penasihat gerakkerja luar yang terlibat/ Setiausaha Sukan Sekolah/ AJK yang ditubuhkan/ GPK Kokurikulum/GPK 
         HEM.
     c) Pelajar yang terpilih untuk menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar anjuran Sekolah/ Pejabat Pendidikan
         Daerah/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan WAJIBLAH mematuhi segala peraturan/ syarat yang 
         dikehendaki. Pelajar yang didapati melanggar peraturan/ syarat yang diwajibkan akan disingkir dari 
         menyertai/ mewakili aktiviti/ gerak kerja luar yang disertainya dan akan diambil tindakan lanjutan.
 
17.3 Syarat-Syarat Memegang Jawatan
     a) Setiap pelajar hanya dibenarkan memegang hanya SATU sahaja jawatan penting/ utama (Pengerusi/ Naib Pengerusi/  
         Setiausaha/ Penolong Setiausaha/ Bendahari/ Penolong Bendahari) dan DUA jawatan sebagai AJK Biasa dalam Kelab/
         Persatuan/ Sukan dan Permainan/ Unit Beruniform di sekolah.
     b) Kes- kes pengecualian yang berlaku hendaklah dirujuk kepada budi bicara antara guru tingkatan/ guru penasihat/ 
         penyelaras-penyelaras unit kokurikulum/ setiausaha kokurikulum/ GPK Kokurikulum/ GPK HEM.
 
17.4 Aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah dijalankan pada setiap hari Sabtu minggu kedua dan keempat, bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari.
 
17.5 Pakaian semasa menjalankan aktiviti/ kegiatan kokurikulum sekolah adalah seperti yang dinyatakan di dalam 6.6 dan 6.7. Etika berpakaian Rasmi dan Kelengkapan Sekolah.
 
17.6 Pelajar-pelajar yang terlibat menjalankan/ menyertai/ mewakili/ sekolah/ daerah/ negeri dalam apa-apa jua aktiviti/ kegiatan/ gerak kerja luar dikehendaki mendapatkan SURAT KEBENARAN ibu bapa/ penjaga secara bertulis dan kemukakan kepada guru yang bertanggungjawab untuk disimpan sebagai rujukan. Kegagalan pelajar berbuat demikian akan menyebabkan pelajar yang berkenaan boleh diambil tindakan.
 
17.7 Pelajar- pelajar yang ingin menjalankan/ menyertai gerak kerja luar/ kajian luar/ apa jua aktiviti hendaklah menunjukkan Surat Kebenaran/ Arahan dari pihak sekolah kepada ibu bapa/ penjaga/ pihak-pihak yang terlibat agar dapat memberi nasihat/ memastikan keselamatan pelajar tersebut.
 
17.8 Perbelanjaan/ kos bagi menjalankan kajian luar mata pelajaran adalah ditanggung oleh pelajar yang terlibat.
 
17.9 Sesuatu lawatan di dalam/ keluar/ daerah/ negeri seramai LIMA orang/ lebih pelajar yang diiringi oleh guru/ guru- guru dianggap sebagai rombongan sekolah. Semua rombongan sekolah hendaklah terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada pengetua/ pihak berkenaan serta menepati peraturan lawatan/ rombongan yang ditetapkan.
 
17.10 Pelajar hendaklah menghantar hasil kajian mengikut masa yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Keputusan peperiksaan pelajar akan tergugat jika pelajar gagal berbuat demikian.
 
17.11 Guru- guru yang bertanggungjawab membawa/ menyelia/ mengawasi/ melatih pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti/ kegiatan/ gerakkerja/ apa-apa jua/ hendaklah sentiasa memastikan segala langkah-langkah keselamatan telah diambil dengan sewajarnya.
 
Guru- guru/ Pengetua/ Jabatan Pendidikan/ Kementerian Pendidikan/ Kerajaaan Malaysia tidak boleh disabitkan/ didakwa/ dibawa ke mahkamah di dalam sebarang kemalangan/ kecederaan/ kecacatan yang dialami oleh pelajar di dalam gerakkerja kokurikulum/ apa-apa aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah/ Jabatan Pendidikan/
 
 
 
External Links
 
      
        
 
  
 
© 2014 SMK Tinggi Batu Pahat. All Right Reserved.