明智校徽 LOGO SJK(C) MING CHIH
| 火炬 --- 象征这所学校的学生将来能献身于社会,对国家和社会做出贡献。此外,也象征学生能活跃于运动方面。 书本 --- 象征时刻提高教育程度并发挥个人的才能。 盾 --- 象征能接受任何挑战以取得成功。 蓝色 --- 代表学校成员能团结一致 青色 --- 代表永恒的良好素质及在任何方面的多才多艺。 白色 --- 代表身心和心理的纯洁 黄色 --- 代表忠于宪法及效忠于君主和国家 红色 --- 代表勇敢
Obor --- bermaksud murid-murid sekolah ini akan memberi sumbangan kepada masyarakat dan berjasa kepada negara pada masa hadapan. Selain daripada itu, ia juga bermaksud keaktifan murid-murid dalam bidang sukan. Buku --- bermaksud sentiasa mempertinkatkan tahap ilmu pengetahuan diri dan memperkembangkan potensi diri yang sedia ada. Perisai --- bermaksud sanggup menerima cabaran yang berterusan dalam mencapaisesuatu kejayaan. Warna biru --- melambangkan perpaduan. Warna hijau --- melambangkan kekekalan kualiti yang baik dan serba boleh dalam pelbagai bidang. Warna putih --- melambangkan kebersihan diri dari segi fizikal dan mental. Warna kuning --- melambangkan kepatuhan kepada undang-undang dan hormat kepada raja dan negara. Warna merah --- melambangkan keberanian. |
明智华小校歌 LAGU SEKOLAH
词 Lirik :陈俗霖 Tan Shu Lih 曲 Lagu :刘宝龙 Paul Law
高耸云霄浩然山 明智华小 我们的乐园 德智体群美兼修 首脑并用 身心都健康 山清秀地 美好风光 礼仪廉耻 还要 重信义 齐心努力 吾爱明智 校运昌隆必四海名扬
VISI SEKOLAH 学校展望
Pendidikan Berkualiti素质教育 Insan Terdidik优秀国民 Negara Sejahtera 国家和谐
MISI SEKOLAH 学校使命
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 永续发展素质教育,激发个人潜能,体现国家宏愿
OBJEKTIF SEKOLAH
1. Menambah serta memupuk minat belajar yang tinggi dan berkekalan di kalangan murid.
2. Menghapuskan sikap ‘cepat mengalah ’, ‘tidak apa ’ di kalangan murid-murid terhadap pelajaran.
3. Mewujudkan golongan pelajar yang peka kepada perubahan.
4. Membina dan memupuk nilai-nilai murni dan semangat patrotik.
5. Menanam nilai-nilai yang murni dan tinggi terhadap kejayaan yang cemerlang.
6. Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.
7. Memupuk minat pelajar-pelajar dalam bidang kebangsaan seperti muzik, senilukis dan kraf tangan, tarikan dan nyanyian dan sebagainya.
8. Meningkatkan kecekapan dalam bidang kemahiran pembelajaran di kalangan pelajar.
9. Memupuk sikap bekerjasama dan bersatupadu di kalangan murid.
10. Mendidik murid-murid supaya mereka akan memelihara keadaan masyarakat yang harmoni, bersatupadu dan taatsetia seperti yang termaktub di dalam Rukun Negara.
11. Memelihara murid-murid yang menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis dengan baik setelah tamat pendidikan rendah 6 tahun nanti.
12. Mendidik murid-murid supaya dapat membantu dalam pencapaian matlamat dan cita-cita Wawasan Pendidikan dan seterusnya Wawasan 2020.
FALSAFAH SEKOLAH
1) BAHAWA murid-murid yang ada di Sekolah ini adalah mempunyai kebolehan-kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya.
2) BAHAWA sanya pendidik-pendidik di Sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran, kecekapan, semangat dan kebolehan iktisas serta kepercayaan profesional untuk memberi pendidikan yang sempurna, menyeluruh, dan bermutu bagi memajukan pelajaran.
3) BAHAWA Sekolah ini mempunyai keupayaan dari segi menyediakan kemudahan fizikal dan tenaga pengajar serta bersedia untuk memikul tanggungjawab bagi melahirkan manusia yang boleh memberikan sumbangan yang positif kepada nusa dan bangsa.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 国家教育哲理
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
马来西亚的教育是持续不懈的努力,以便全面及具体发掘个人的潜能。基于信奉上苍的原则,培养在智慧、体能、德智与情操方面都平衡人类,俾便培育有知识、有德行、有责任感及有能力创立个人幸福且能为国家与社会的融洽与繁荣作出贡献的马来西亚公民。
MATLAMAT SEKOLAH
MATLAMAT Sekolah ini ialah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berpendidikan lagi berdisplin yang dapat memberikan sumbangan yang positif terhadap masyarakat, agama, bangsa dan negara dan seterusnya mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara, dan juga memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dan seimbang meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani, membina dan memupuk nilai-nilai murni dan semangat patrotik dan seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020.
1. Peningkatan akademik dan disiplin murid. 2. Membimbing pelajar dalam aspek kepimpinan, nilai-nilai murni, kependidikan dan kemasyarakatan. 3. Membina integrasi dan jati diri bangsa Malaysia. 4. Menyeimbangkan perkembangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).
WAWASAN PENDIDIKAN 教 育 宏 愿
Perpaduan 团 结
Stail Pengurusan & Kepimpinan 管 理 及 领 导 风 格
Perkhidmatan Penyayang 爱 心 服 务
Pengupayaan (Empowerment) 权 力 转 移
Sistem Pengesanan Yang Efektif 有 效 的 监 督 制 度
Budaya Ilmu 知 识 文 化
Sekolah Penyayang 爱 心 学 校
Budaya Kecemerlangan 辉 煌 文 化
PIAGAM SJK(C) MING CHIH
Kami warga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) MING CHIH, HORIZON HILLS, 79100 NUSAJAYA, Johor
Dengan penuh tekad dan itizam serta berpegang kepada moto:
'' MURID CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG ''
Berikrar dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga dan Usaha Kami untuk: 1) Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetepkan.
2) Mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan.Memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
3) Memastikan peperiksaan dalaman dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali sepenggal.
4) Memastikan prestasi murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum menunjukkan peningkatan dan bertambah baik.
5) Memastikan disiplin murid-murid dalam keadaan yang terkawal.
6) Memastikan kebajikan hal-ehwal murid-murid dipelihara dengan baik.
PERATURAN SEKOLAH 明智华小学生常规
1. 每天必须穿着整洁的校服和梳整齐的头发到校上课。
2. 不迟到,不无故缺席或早退,如生病或有事不能到校,须向班主任请假。
3. 上课时专心听讲,不做无谓的动作或其他作业。
4. 上课钟声响后,有次序的列队进课室。
5. 上课时,如有师长或官员进入课室,必须起立请安。
6. 各科作业,不抄袭别人的,要自己做,并准时做完。
7. 上课时,不可随意离开课室;若要离开,必须得到老师的允许。
8. 要服从师长的指示。
9. 进出课室或列队集会时要守秩序,不可争先恐后或推挤喧囔。
10. 不要把纸屑遗留在抽屉里,纸屑废物须丢入垃圾桶,时刻保持校园的清洁。
11. 要爱惜公物,不涂污或顺坏桌椅。
12. 放学后要准时回家,不可逗留在学校。
13. 不携带玩具或贵重的东西到校,不做具有危险性的游戏。
14. 与人说话态度要诚恳,不说谎也不骂粗话。
15. 不欺负弱小的同学,不与人争吵或打架。
16. 不贪他人财物,拾到东西归还失主或交由老师处理。
17. 自己犯错要承认并悔改,不掩饰或推诿责任。
18. 违犯校规,应接受老师处罚。
19. 唱国歌、州歌或校歌时态度要严肃、有尊敬及效忠的精神。
20. 养成知情必报的习惯、如发现现同学殴打或校园内出现可疑的陌生人,必须马上通知老师。
21. 购买食物时必须排队,不可插队或争先恐后。
22. 吃完食物后,必须把碗碟、筷子、汤匙和杯子放进备好的大盆里。
23. 养成惜福的美德,不浪费食物,把食物吃完。
24. 不可在食堂喧闹或追逐。
25. 放学钟声响后,才可离开课室。
26. 放学后,在指定地点排队集合,听从监护老师指示,安全离开学校。
27. 上课时间内,如欲离开课室,须问过老师并佩戴离课室准证方可离开。
28. 严禁学生打开办公室里的抽屉或翻阅桌上的文件或簿子。
29. 在书包、钱包、笔盒、水瓶写上自己的名字及班级以方便辨认。
Peraturan Sekolah Semasa Menjalankan Aktiviti Kokurikulum 1. Memakai pakaian sekolah dan uniform yang bersih dan kemas serta menyikat rambut dengan kemas pada waktu kokurikulum. 2. Tidak ponteng atau lewat ke sekolah tanpa sebab. 3. Menumpukan perhatian semasa pengajaran dijalankan. 4. Masuk ke kelas dengan segera selepas loceng berbunyi. 5. Bangun dan memberi hormat ketika guru-guru atau pelawat-pelawat masuk ke bilik darjah. 6. Mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa. 7. Dilarang meninggalkan sampah-sarap di dalam laci meja, membuang sampah sarap ke dalam tong sampah, sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekolah. 8. Menghargai barang-barangan awam. Tidak menconteng dan merosakkan dinding atau kerusi meja. 9. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah ketika pulang ke rumah. 10. Dilarang membawa mbarang-barang berharga atau mainan ke sekolah. 11. Bersikap jujur dan ikhlas, tidak menipu dan memaki-hamun. 12. Menjauhi dari pengaduhan atau sengketa. 13. Memulangkan sebarang benda yang dijumpai kepada cikgu. 14. Mengakui kesalahan diri sendiri, tidak menfitnahkan orang lain. 15. Seandaiannya melanggar peraturan-peraturan tersebut, hukuman akan dikenakan. 16. Perlu segera melaporkan kepada guru sekiranya mendapati murid bergaduh ataupun orang asing yang mencurigakan berada di dalam kawasan sekolah. 17. Beratur ketika membeli makanan. 18. Meletakkan pinggan mangkuk, penyepit, sudu dan gelas ke dalam bekas khas yang disediakan selepas makan. 19. Selepas makan, beratur dan mengikut arahan guru bertugas supaya masuk ke kelas masing-masing. 20. Jangan membazirkan makanan atau hanya makan makanan yang tertentu sahaja. 21. Dilarang membuat bising dan kejar-mengejar di kantin. 22. Berhimpun di tempat yang ditetapkan dan mengikut arahan guru semasa tamat waktu aktiviti kokurikulum. 23. Murid mesti mendapatkan kebenaran daripada guru sekiranya ingin meninggalkan bilik darjah semasa waktu belajar. 24. Murid dilarang membuka laci dan menyelak dokumen-dokumen atau buku yang terdapat di atas meja guru. 25. Menulis nama dan kelas pada barang-barang kegunaan sendiri. 26. Dibenarkan meninggalkan kelas selepas loceng berbunyi.
Tatacara Keselamatan Pergi Dan Balik Sekolah
Untuk Pejalan Kaki 1. Sewaktu melintas jalan raya, kita hendaklah berpimpin tangan dengan orang dewasa. 2. Jangan berlari ketika melintas jalan raya. 3. Gunakan jejantas ketika hendak melintas jalan raya. 4. Kita perlu melihat kanan kiri dan kanan sebelum melintas jalan raya. 5. Berjalan di lorong pejalan kaki. 6. Berjalan menghadap lalu lintas. 7. Guna lima langkah melintas. 8. Jangan melintas di antara dua buah kenderaan yang diletakkan. 9. Jangan bermain di jalan raya.
Untuk penumpang bas 1. Murid-murid mesti beratur semasa menaiki bas. 2. Jangan melintas jalan sehingga bas telah meninggalkan hentian bas. 3. Berdiri di tempat yang selamat untuk menaiki bas. 4. Mematuhi arahan pengawal keselamatan sekolah.
Untuk penumpang motosikal 1. Pakai topi keledar dengan betul. 2. Naik motosikal di bahagian bebendul jalan. 3. Pegang penunggang motosikal dengan erat. 4. Duduk di belakang penunggang motosikal. 5. Sentiasa memakai topi keledar walaupun untuk perjalanan yang dekat.
Untuk penumpang kereta 1. Pemandu kenderaan perlu berhenti semasa kanak-kanak melintas jalan. 2. Berdiri di tempat yang selamat untuk menaiki kenderaan. 3. Masuk ke dalam kenderaan di bahagian bebendul jalan. 4. Jangan ganggu pemandu. 5. Pakai tali pinggang keledar. 6. Tunggu sehingga oeang dewasa membuka pintu dan memimpin anda. 7. Mematuhi arahan pengawal keselamatan sekolah.
|