HUBUNGI KAMI  联络我们
 
SEKOLAH MENENGAH KEN HWA (CF)
PETI SURAT 55,
89007, KENINGAU SABAH,
TEL: 087-331 561
FAKS: 087-330 561
 

  PROFIL SEKOLAH / 本校简介  

SEJARAH SEKOLAH / 根华校史

十年之计, 莫如树木;终身之计,莫如树人。我校根华中学乃本埠甚至于本州其中一所最负盛名的华文中学。

     我校的历史始于一九六五年七月二十三日。当时,根地咬区并无一所华文中学。小学毕业后若欲升上中学深造的学子面对求学无门的窘境,而远赴他埠深造则面对经济的问题。本着培养本埠的人才以及维护本埠华文教育的大前提,,根地咬巴华公会连同本埠各社团、善长仁翁以及热爱华教的教育人士在一九六五年七月二十三日假前育英学校礼堂联召开席会议以筹办一所属于根地咬区域性的华文中学。

           几经会议,终于在一九六七年三月二十一日选出以周显忠先生为首、拿督李新为总务的新校筹备委员会十一人,并议决以《根华中学》为名,筹建一所申请政府津贴并开办初一及初二班的华文中学。
 
    但是,从来好事天生俭,自古瓜儿苦后甜。当时筹建一所政府津贴的华文中学是一件困难重重的事,因为需要中央教育部拨出预算案方能批准。八月九日,李新先生往亚庇呈交欲申办本部一所华文中学时面对阻绕,但经本州代首长拿督丘锡洲斡旋下,拿督李新致函中央教育部及州教育司,以转告我埠因地理环境,学子所面对的升学难题和急需筹建一所华文中学的迫切性。
 

所谓穷则变,变则通,通则久,终于在十一月十八日,经拿督李新和一众热爱华教的委员努力不懈下,教育部终发本校注册批准纸给筹办本校的委员。接着,以拿督李新为首,周显忠、潘贵益、冯天良监学辅之的根华中学的第一届新校董事会终于在一九六七年十二月三日成立,并在十二月八日获得政府正式注册为津贴华文中学。几经皆苦,克除万难后,本校以拿督李新为校董会主席,郑佑安先生为校长,租借旧育英校址,终于在一九六八年一月八日开学,开始了我校百年树人的伟大事业。由于拿督李新任劳任怨的付出,封选拿督李新为创校元老.

江山代有人才出,各领风骚数百年。时光飞逝,五十年过去了。经先贤的努力不懈下,本校也非昔日那所租借他校校址的根华,而是本埠一所曾培养出无数人才、造就无数国家栋梁的高等学府。本校有师资七十九人、非教学辅助人员十一人、学生一千三百余人、一座大礼堂、四栋教学楼与一栋办公楼;除了复兴本埠的中学华文教育,本校也是本埠甚至内陆省唯一一所有开办先修班华文班的高等学府。今年,本校迎来了新掌舵人张玉传校长。张校长长袖善舞且目光如炬,一定会为我校的未来开拓了新的一页。

 Klik foto untuk Galleri Foto Sejarah Pembukaan Sekolah 请按照片连接旧相库
 
              Sejarah penubuhan SM Ken Hwa bermula pada 23hb Julai 1965 yang pada ketika itu, daerah Keningau tidak mempunyai sekolah menengah yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina untuk murid-murid lepasan Sekolah Rendah Cina. Mereka yang telah tamat pengajian di Sekolah Rendah Cina tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah kerana sekolah yang menawarkan subjek Bahasa Cina berada jauh dari Keningau. Malahan, kebanyakan ibu bapa pada ketika itu berada dalam kehidupan yang susah dan menghadapi masalah kekangan hidup. Justeru, satu mesyuarat khas telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Yin yang dianjurkan oleh Sabah Chinese Association. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh para pemimpin masyarakat setempatm, para dermawan dan sukarelawan. Mesyuarat tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah sekolah menengah aliran Bahasa Cina di daerah Keningau. Sehubungan itu, pada 21hb Mac 1967, sebuah jawatankuasa pengelola telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh En. Chow Shian Zhon manakala Datuk Lee Sen dilantik sebagai sebagai pegawai khas bersama 11 orang jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa tersebut akhirnya telah bersependapat untuk mendirikan sebuah sekolah menengah yang dinamakan Sekolah Menengah Ken Hwa. Jawatankuasa tersebut telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan 2 buah bilik darjah melibatkan pelajar Tingkatan 1 dan 2 sebagai langkah permulaan.  
 
                  Penubuhan sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan aliran Cina di Keningau sememangnya menghadapai pelbagai kekangan dan cabaran. Walau bagaimanapun, kesungguhan dan komitmen yang jitu ditunjukkan oleh Datuk Lee Sen dengan kerjasama para sukarelawan akhirnya membuahkan hasil. Jawatankuasa tersebut telah berusaha dengan mengutuskan surat rasmi melalui Pemangku Ketua Menteri Sabah kepada Kementerian Pelajaran Pusat dan Jabatan Pelajaran Sabah bagi memberikan penjelasan tentang situasi kesulitan dalam kalangan masyarakat setempat akibat ketiadaan sebuah sekolah menengah aliran Cina. Justeru, pada 18hb November 1967, pihak Kementerian Pelajaran akhirnya memberi kelulusan untuk pembinaan Sekolah Menengah Aliran Cina di Keningau. Lembaga Pengurusan Sekolah yang pertama telah berjaya ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Datuk Lee Sen pada 3hb Disember 1967. Sekolah tersebut telah didaftarkan dengan rasminya sebagai Sekolah Menengah Aliran Cina bantuan kerajaan pada 8hb Disember 1     
 
               Sesi persekolahan dimulakan dengan meminjam 2 buah bilik darjah di SJKC Yuk Yin dengan Encik Chang Yu On sebagai pengetua sekolah yang pertama pada 8hb Januari 1968. Hasil usaha Lembaga Pengurusan Sekolah, akhirnya SM Ken Hwa telah berpindah ke tapak kekal (Jalan Bariawa) pada 20 Ogos 1970. Bangunan sekolah tersebut pula telah dirasmikan pada 22 Mei 1971 oleh Ketua Menteri pada ketika itu iaitu YAB Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun.

 

     

        

 
LINK MESRA  友情连线

 

© 2013 Sekolah Menengah Ken Hwa (CF). All Right Reserved.