PENGENALAN DAN VISI SYARIKAT

 

SERI LIMBANG BERSATU SDN. BHD. ( 525816 - A ) yang telah ditubuhkan pada 11hb. September 2000, adalah sebuah syarikat swasta yang bertaraf Bumiputera yang dimiliki oleh Warganegara Malaysia serta telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Kami telah mengambil alih segala hakmilik syarikat ini pada 13hb. Februari 2006. Ianya dimiliki oleh:-

a ) Puan Azizah Binti Hussin                          b ) Encik Ali Azizan Bin Hussin

SERI LIMBANG BERSATU SDN. BHD. ( 525816 - A ) ditubuhkan untuk mengambil peluang-peluang kerja yang ada didalam bidang pengedaran, pembekalan dan penjualan"Beg Plastik-Boleh-Urai"( Beg Sampah Moden ) yang mempunyai pelbagai jenis saiz dan perniagaan lain yang berkaitan.

BERSAMA MEMELIHARA KESEJAHTERAAN ALAM SEKITAR, moto yang mengharapkan wawasan dalam merealisasikan hasrat dan keazaman untuk seiring mempertingkatkan penglibatan di bidang yang diceburi. Syarikat yang didukungi sepenuhnya telah menggabungkan tenaga kepakaran serta kemahiran teknikal dengan pengurusan yang teratur bagi memantapkan kemampuan syarikat dalam memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Dengan kepakaran yang ada pada pekerja-pekerja yang mahir dan pertalian yang baik dengan pihak pengilang, pihak pembekal, pihak swasta dan pihak kerajaan mampu mengendalikan urusan yang diperolehi dengan baik dan jayanya. Oleh itu alam sekitar terpelihara untuk kesejahteraan semua insan.

PRODUK

Produk syarikat kami telah menyertai Karnival Mesra Rakyat Gerak Usahawan & Pendidikan Showcase yang dianjur oleh MPUD KLUANG & PEMUDA UMNO KLUANG di Dewan Tunku Ibrahim & Dataran Tasik 86000 Kluang, Johor pada 14hb. hingga 16hb. Julai 2006 yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Yang Berhormat Dato Seri Mohamed Khalid Bin Nordin.

Produk syarikat kami telah diiklan di surat khabar Berita Minggu, China Press pada 16hb. Julai 2006 dan juga di surat khabar Utusan Malaysia pada 19hb. Julai 2006.

SERI LIMBANG BERSATU SDN. BHD. ( 525816 - A ) telah mendapat hak eksklusif untuk memasarkan beg plastik mudah urai itu di negara ini oleh pengeluarnya di Pasir Gudang, Johor berhasrat dapat memasarkan produknya kepada agensi kerajaan, klinik-klinik dan hospital-hospital serta sekolah-sekolah khususnya didaerah ini dan harap produk edaran kami dapat menembusi seluruh negeri Johor serta lain-lain negeri pada masa depan.

 

Nama Syarikat :

SERI LIMBANG BERSATU SDN. BHD.
 
Alamat Syarikat :-

No. 28,Tingkat 1, Jalan Satu, Taman Sri Kluang,

86000 Kluang, Johor Darul Takzim.

No. Talipon Syarikat : 607 - 777 1363 & 607 - 777 1373

No. Fax Syarikat : 607 - 7771753

No. Talipon Bimbit : 6012 - 783 5111

( Puan Azizah Binti Hussin )