UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENYAYANG KUALA LANGAT,SELANGOR FASAL 1 NAMA
•Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penyayang Kuala Langat, Selangor. Selepas ini disebut " Persatuan " FASAL 2 TEMPAT URUSAN
•Alamat dan tempat persatuan ialah No. 127A, Jalan Bunga Pekan 2,Kawasan 6,42700 Banting, Selangor Darul Ehsan atau tempat lain tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Persatuan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT
- Menyatupadukan kaum Cina di Daerah Kuala Langat, Selangor dalam suatu pertubuhan berdaftar dan menyumbang untuk kebajikan bersama. - Memupuk budaya membuat amalan kebajikan masyarakat dan mengadakan lain-lain aktiviti yang dapat menyatupadukan masyarakat majmuk di Daerah Kuala Langat, Selangor - Bergabung dengan Persatuan-persatuan berdaftar yang lain yang mempunyai matlamat serta tujuan yang sama. - Untuk membeli, memajak,menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Persatuan selaras dengan tujuannya. FASAL 4 KEAHLIAN
(1) (a) Ahli Biasa: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia keturunan Cina 18 tahun ke atas, tinggal di Daerah Kuala Langat, Selangor. (b) Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada semua Ahli Biasa yang yuran seumur hidup. (2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. (3) Tiap-tiap permohonan yang permohonanya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditelapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah dia sebagai ahli. (4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali mereka dapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. FASAL 5 BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN
(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperli berikut: (a) Ahli Biasa : Bayaran Masuk RM2.00 (Ringgit Malaysia:Dua Sahaja) :Yuran Tahunan RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja) :Yuran Ahli Seumur Hidup RM100.00 (Ringgit Malaysia:Satu Ratus Sahaja) Terbuka kepada warganegara Malaysia bcrumur 18 tahun yang tinggal di Daerah Kuala Langat, Selangor. (2) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 31 Mac setiap tahun. (3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha sehingga hutangnya telah dijelaskan. (4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan bcrkenaan hutangnya terlebih dahulu. (5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipunggut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatkuasa menggantung atau memecat ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG
(1) Pengelolahan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup dalam masa setengah jam daripada waktu yang telah ditetap untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak Iewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah : (a) menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan persatuan di dalam tahun lalu; (b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu; (c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan (d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan. (5) Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan : (a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau (b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan. (6) Mesyuarat Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya (14) empat belas hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat. (8) Fasal 8(1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat-syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan. (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan taip-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu. FASAL 8 JAWATANKUASA
(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih Tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. (a)Seorang Pengerusi (b)Tiga Naib Pengerusi (c)Seorang Setiausaha (d)Seorang Penolong Setiausaha (e)Seorang Bendahari (f)10 orang ahli Jawatankuasa Biasa (2) Pemegang-pemegang jawatankuasa Persatuan ini dan taip-taip pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia. (3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara undi sulit oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun. (4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang dari 6 orang ahli Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankusa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat. (6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat menjalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima. (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat. (7)Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletak jawatan di dalam Jawatankuasa. (8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong Tahunan diadakan. (9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurusan atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerja, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan. (10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa. FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAl
(1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat jawatankuasa Persatuan, dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama dengan Setiausaha dan Bendahari. (2) Naib Pengerusi hendaklah memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadannya. (3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan peringatan mesyuarat agung Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.Setiausaha hendaklah menyimpan semua buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaflaran Pertubuhkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966. (4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha. (5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha. (6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan yang diarahkan olehnya. FASAL 10 KEWANGAN
(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus sahaja) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas Persatuan. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) bagi suatu masa yang tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung lebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 3000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. (5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli di tempat urusan Persatuan. (6)Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun. (7) Persatuan boleh mengutip Derma dari orang awan dengan kelulusan di Perhimpunan Agong dan juga mendapat kelulusan Dari Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. FASAL 11 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Persatuan. Tempoh memegang jawatan selama 1 tahun dan mereka boleh dilantik semula. (2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat pengesahan di atas penyata kira-kira untuk Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 HARTA
(1) Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan pertubuhan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan perlantikkan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar dan dimeterikan dengan meteri persatuan. (2) Harta takalih Persatuan tidak boleh dijual, disewa, dipindah milik alau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung. FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG
(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agong, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agong, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agong. FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
Jawantankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik. orang-orang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis. FASAL 15 LARANGAN
(1) Permainan yang disebut dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau,Tein Kow, Chai Ji Kee, Sam Cheng, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permain dahu,banker's Game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib dan semua jenis permainan video. (2) Persatuan atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan cara juga Menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam Kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. (3) Persatuan tidak boIeh menjalankan loteri samaada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan. (4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidak boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG
Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Persatuan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan Persatuan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuat kuasakan mulai daripada tarikh Persatuan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhkan. FASAL 17 PEMBUBARAN
(1) Persatuan ini tidak boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya Persatuan hendaklah dibubarkan secara yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari tarikh pembubaran itu. |