瓜拉冷岳爱心功德会
PERSATUAN PENYAYANG KUALA LANGAT SELANGOR. 

Address:
D-1-9 Tingkat Atas, Jln Seri Pekan 5,Medan Seri Pekan 42700 Banting. 

Tel No.: 
03 – 31873242 

Fax No.: 
03 – 31813242

Contact Person : 
Ms Tan

Email : 

icentre2007@gmail.com

Office Hour : 
9am – 5.30pm (星期一至星期五)

Bank Account : 
CIMB Bank
Account Name : PERSATUAN PENYAYANG KUALA LANGAT SELANGOR
Account No : 8001825341

Location Map :

 
GPS Coordinate : 2°48'35.6"N 101°30'12.1"E
章程(中文) 章程(马来文)

瓜拉冷岳愛心功德會章程

:林家祿


第1章 名稱

本會定名為:瓜拉冷岳愛心功德會,以下簡稱本會。


第2章 注冊地址

No. 127A, Jalan Bunga Pekan 2, Kawasan 6, 42700 Banting, Selangor D. E

本會注冊及通讯地址,除非獲得社團注冊官之批准,否則不得隨意更改。


第3章 宗旨/目標

聚集瓜拉冷岳縣之華族於注冊團體及援助慈喜公益,並促使教化致力社會善行及舉辦其他活動以營造縣内融合社會,結合同性質之宗旨/目標之注冊團體。

提供本會用途之購置、抵押、租賃或擁有產業、惟須符合本會之宗旨。


第4章 會員籍

(1) (a)普通會員:開放給全體逾18歲之馬來西亞華裔公民 ,且居住在瓜拉冷岳縣者。

(b)永久會員:開放給全體普通會員繳交永久會員會費者。

(2) 凡申請入會表格,必須有提議人及附議人簽署後,再呈給總務儘速轉交理事會批準,惟理事會有權拒絕有關之申請入會者,無需給予理由解釋。

(3) 凡獲准之會員申請人,必須繳交已訂下之會員費,始被接受為會員。

(4) 凡在籍之大專院校生,除非事先獲得相關院校副校長之書面准許,否則不能被接受為會員。

 

第5章 入會基金、年捐及其他費用

(1) (a)普通會員:入會基金RM2/=,年捐RM 10/=。

     (b)永久會員:永久會員费RM 100/=。

(2) 年捐必須在每年4月之前繳清給本會財政。

(3) 凡會員拖欠年捐逾一年者,將會收到由總務或其代表發出的書面通知,在未解決拖欠年捐時,
      其將會喪失會員籍及其應 享的權益。

(4)凡拖欠年捐逾2年及理事會也發出書面通知尚不能繳清者, 本會有權終止其會員藉。

(5) 理事會有權決定喪失會員籍者,倘欲再申請入會,則需重 新繳交入會基金及年捐。

(6)會員大會認為有需要時,可以通過籌募特別捐,倘過會員 認捐而尚未繳交,其認捐則當月捐處理之。

 

第6章 退出及開除會員籍

(1) 凡欲退出會員籍者,必須在14天前以書面通知,且需繳清 拖欠之款項。

(2)倘若任何會員不遵守章程及破壞本會名譽者,將會被開除 其會員籍或中止其會員籍一個期限。惟理事會尚未執行有 關紀律行動前,會員必須提呈書面解釋原委,抑或會員大 會接受有關會員之上訴,並撤消理事會之決定,恢復其會 員籍。

 

第7章 會員大會

(1) 會員大會出席的會員人數必須是會員總人數之半數,抑或 理事會成員之2倍則為有效。

(2) 凡會員大會未達上述指定法定人數時,理事會必須在展延 30天内再舉行召開大會,倘逾半小時後,仍然無法達到法 定人數,會員大會可以召開,惟不得修改章程及作出任何涉及全體會員之決定。

(3)常年會員大會必須儘速在每年4月之前召開,時間及會議地 點由理事會決定,並提呈工作報告如下:

(a)接納過去一年之活動會務報告

(b)接納財政之財務報告,惟必須事先經查脹查核之賬目

(c)選舉理事及推選查賬2名

(d)其他事項

(4) 總務必須在14天前將全年會員大會文件冊(包括會務報告 及財務報告)一併寄發給全體會員及張貼在會所以供會員 閱覽。

(5) 特別會員大會有需要時,可以召開。

(a)理事會認為事關重大時;

(b)凡有1/5會員總人數要求,且誌明原由及目的時,可呈 函給本會總務以便安排之。

(6) 會員要求之特別會員大會,必須在接到其來函的曰期計起,30天内召開。

(7) 特別會員大會召開14天前,總務必須將通告及議程寄發給 全體會員。

(8) 本章程Fasal 7 (1)及7 (2)章節適用於特大,逾1/2小時 後,未違法定人數時,則會議宣佈流會,6個月内不得再召開, 而後以同樣理由要求召開,將不受理。

(9)總務必須儘快在常年會員大會或特刊會員大會後,將會議 之決定,寄給全體會員。

 

第8章 理事會

(1) 會員大會選出理事會職員, 且三年必須選出以下任期三年的

成員:

(a)一名主席 (b) 三名副主席

(c)一名總務 (d) —名副總務

(e)一名財政 (f) 10名普通理事

(2) 每位理事會成員必須為馬來西亞公民。

(3)會員大會選出理事,必須要有提議及附議人的秘密選舉程 序,選出各理事成員,所有理事任期1年。

(4)理事會必須執行會員大會通過之議決案及提呈每年之會務 及財務報告。

(5)理事會每三個月必須召集一次會議,通知書7天之前寄發 給各理事,法定人數為最少有半數以上之理事出席會議。

(6)倘遇要緊急處理某事件時,而未能及時召開理事會,總務 可以通過書面諮詢理事同意執行有關事件,以後在理事會 議追認即可。

(a)必須將有關緊急事件誌明後,再傳達書面函給所有理事。

(b)至少獲得半數以上之理事成員之同意或反對有關之建 議。

(c)其決定必須通過表決且擭得多數票通過,一切之決定 必須通過總務在理事會議時,加以追認各有關事項。

(7)凡理事連續3次缺席會議,且未有足夠理由者,則當自動離 職論。

(8)倘過理事成員離職或逝世時,理事會可將候補理事遞補其 空缺。倘過候補理事不接受時,理事會有權推舉一會員以 填補直到下屆會員大會。

(9)理事會授權總務或其他理事成員推行會務及徵聘職員協助 執行任務或解僱職員失責或被視為破壞本會聲譽者。

(10)理事會可以產生各小組成員以襄助推展會務。

 

第9章 職權

(1)主席主持本會一切會議,並執行一切議決案,對外代表本 會,並簽署本會一切重要文件,聯同總務、財政簽署。

(2) 副主席在主席缺勤時,代攝其職務。

(3) 總務處理一切曰常事務,協助主席執行一切議決案,肩負 撰寫文稿及保存會員名冊及文件,聯同主席、財政簽署支 票,並依據1996社團法令第14(1)章節,會員大會後 60 天内將各有關文件呈報社團注冊官。

(4) 副總務在總務缺勤時,代攝其職務。

(5) 財政掌管一切款項之處理,貯存款項入銀行戶頭及銀行支 票,聯同主席、總務簽署支票。

(6)普通理事協助執行一切事務時,必須事先受到理事會之指 示。

 

第10章 財務開支

(1)可以支付一切會務的費用,包括職員薪金、查賬費用等, 惟不得支付會員法律上的罰款。

(2) 財政不能收存現款逾RM 500/=,逾RM 500/=則必須存入 由理事會指定之银行戶頭。

(3)所有支票必須由主席、總務或財政聯合簽署方為有效。倘 過上述3人缺勤時,理事會可以另選他人填補之。

(4) 所有開支逾RM 3,000/=,必須得到理事會議之批准, 逾RM 5,000/=必須獲得會員大會之批准,惟少過RM 3,000/=,主席、總務及財政即可批准簽署。

(5)財政必須備妥每年經查賬查核過之財務報告,提呈給會員 大會接納,且必須呈報給社團注冊局。

(6) 財務年報是由每年1月1日至12月31日之財務狀況。

 

第11章 查脹

(1) 選出2位非理事會成員為查賬,任期1年,連選可連任。

(2) 查賬必須查核本會每年之財務狀況及作出報告,同時隨時 偕同主席皆可查核賬目,以便呈交理事會。

 

第12章 產業

(1)所有產業必須注冊在本會名義,以及所有涉及本會產業必 須由應屆理事會之主席、總務及財政,代表本會簽署有關 之文件。

(2)本會之產業不得變賣,輯讓或典當除非事先獲得會員大會 之同意及授權。

 

第13章 回教條例

(與非回教團體無關,無需贅述。)

 

第14章 會務顧問/贊助人

本會認為有需要時可以推舉德高望重,經濟能力許可人士出任 本會會務顧問或贊助人,惟必須得到會議一致的同意並接受之。

 

第15章 禁例

(1) 本會所嚴禁所有形式之賭博’有如牌九、3張、21點、 14 支、天九等或電子游戲機等。

(2) 依據職工會1959法令,本會及會員不得擅自禁止或其他方 式阻撓營運生意或貨物價格及採取示威的工業行動。

(3) 除非得到有關當局之准証,否則本會不能以本會或以職員 名義開設彩票,故不論該彩票是否只限會員購買,一律在嚴禁之列。

(4) 依據1966年社團法令第21條文,本會不得付出利息或利 益給任何會員。

 

第16章 修改章程

本會章程有需增刪時,得召開會員大會修改之,所有修改之 條文必須在60天内呈交社團注冊官批准,獲得社團注冊官之 批准後,方得施行有關修改後之條文。

 

第17章 解散

(1)本會不得解散,除非獲得不少過3/5之會員人數之贊成解散通過。

(2)如本會依照上述情況進行解散時,所有一切合法之債務必須全部清還,至於其他款項之處理辦法則由會員大會決定 之。

(3) 解散通知書必須由會長及總務簽署在14天内呈報給社團注冊官備案。

UNDANG-UNDANG BAGI PERSATUAN PENYAYANG KUALA LANGAT,SELANGOR


FASAL 1 NAMA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Penyayang Kuala

Langat, Selangor. Selepas ini disebut " Persatuan "


FASAL 2 TEMPAT URUSAN

Alamat dan tempat persatuan ialah No. 127A, Jalan Bunga Pekan 2,Kawasan 6,42700 Banting, Selangor Darul Ehsan atau tempat lain tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh jawatankuasa. Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat persatuan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftaran Persatuan terlebih dahulu.


FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT

- Menyatupadukan kaum Cina di Daerah Kuala Langat, Selangor dalam suatu pertubuhan berdaftar dan menyumbang untuk kebajikan bersama.

- Memupuk budaya membuat amalan kebajikan masyarakat dan mengadakan lain-lain aktiviti yang dapat menyatupadukan masyarakat majmuk di Daerah Kuala Langat, Selangor

- Bergabung dengan Persatuan-persatuan berdaftar yang lain yang mempunyai matlamat serta tujuan yang sama.

- Untuk membeli, memajak,menyewa atau memiliki hartanah untuk kegunaan Persatuan selaras dengan tujuannya.


FASAL 4 KEAHLIAN

(1) (a) Ahli Biasa: Terbuka kepada semua warganegara Malaysia keturunan Cina 18 tahun ke atas, tinggal di Daerah Kuala Langat, Selangor.

(b) Ahli Seumur Hidup : Terbuka kepada semua Ahli Biasa yang yuran seumur hidup.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat

mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap permohonan yang permohonanya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,hendaklah setelah membayar bayaran masuk seperti yang ditelapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah dia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar Universiti atau Kolej-Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali mereka dapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.


FASAL 5 BAYARAN MASUK,YURAN DAN BAYARAN LAIN

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperli berikut:

(a) Ahli Biasa
: Bayaran Masuk RM2.00 (Ringgit Malaysia:Dua Sahaja)
:Yuran Tahunan RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja)
:Yuran Ahli Seumur Hidup RM100.00 (Ringgit Malaysia:Satu Ratus Sahaja)

Terbuka kepada warganegara Malaysia bcrumur 18 tahun yang tinggal di Daerah Kuala Langat, Selangor.

(2) Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari sebelum 31 Mac setiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan bcrkenaan hutangnya terlebih dahulu.

(5) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh dipunggut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan,maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.


FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Persatuan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Persatuan atau bertindak dengan cara yang mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatkuasa menggantung atau memecat ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.


FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolahan Persatuan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir didalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup dalam masa setengah jam daripada waktu yang telah ditetap untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda undang-undang Persatuan dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak Iewat daripada 31 Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah :

(a) menerima laporan jawatankuasa berkenaan perjalanan persatuan di dalam tahun lalu;

(b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun lalu;

(c) Memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan

(d) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 (empat belas) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira Persatuan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Persatuan.

(5) Mesyuarat Agung khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan :

(a) bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa, atau

(b) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Persatuan.

(6) Mesyuarat Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya (14) empat belas hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.

(8) Fasal 8(1) dan 8 (2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat-syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan deraf peringatan taip-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 8 JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih Tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(a)Seorang Pengerusi

(b)Tiga Naib Pengerusi

(c)Seorang Setiausaha

(d)Seorang Penolong Setiausaha

(e)Seorang Bendahari

(f)10 orang ahli Jawatankuasa Biasa

(2) Pemegang-pemegang jawatankuasa Persatuan ini dan taip-taip pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam Persatuan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara undi sulit oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan, semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Persatuan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Persatuan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang dari 6 orang ahli Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankusa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat menjalankan maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima.

(a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;

(b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

(c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7)Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai meletak jawatan di dalam Jawatankuasa.

(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agong Tahunan diadakan.

(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Persatuan, dan melantik pengurusan dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurusan atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerja, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Persatuan.

(10)Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.


FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAl

(1) Pengerusi dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat jawatankuasa Persatuan, dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek persatuan bersama dengan Setiausaha dan Bendahari.

(2) Naib Pengerusi hendaklah memangku Jawatan Pengerusi semasa ketiadannya.

(3) Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan peringatan mesyuarat agung Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan.Setiausaha hendaklah menyimpan semua buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Persatuan kepada Pendaflaran Pertubuhkan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.

(4) Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha.

(5) Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

(6) Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa dalam menjalankan yang diarahkan olehnya.


FASAL 10 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji,biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walaubagaimanapun, wang itu tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

(2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus sahaja) pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas Persatuan.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Persatuan.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) bagi suatu masa yang tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung lebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 3000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 12 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk maklumat ahli di tempat urusan Persatuan.

(6)Tahun kewangan Persatuan ini bermula dari 1hb. Januari dan berakhir pada 31hb Disember tiap-tiap tahun.
(7) Persatuan boleh  mengutip Derma dari orang awan dengan kelulusan di Perhimpunan Agong dan juga mendapat kelulusan Dari Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.


FASAL 11 PEMERIKSAAN KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya Pegawai Persatuan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agong Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-Kira Persatuan. Tempoh memegang jawatan selama 1 tahun dan mereka boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Persatuan bagi setahun dan membuat pengesahan di atas penyata kira-kira untuk Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Persatuan bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.


FASAL 12 HARTA

(1) Harta takalih Persatuan hendaklah didaftarkan atas nama Persatuan. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan pertubuhan iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan perlantikkan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar dan dimeterikan dengan meteri persatuan.

(2) Harta takalih Persatuan tidak boleh dijual, disewa, dipindah milik alau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung.


FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agong, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agong, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agong.


FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

Jawantankuasa boleh, jika difikirkan perlu, melantik. orang-orang layak menjadi Penasihat/Penaung bagi Persatuan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.


FASAL 15 LARANGAN

(1) Permainan yang disebut dibawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan : Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau,Tein Kow, Chai Ji Kee, Sam Cheng, Dua Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah, semua permain dahu,banker's Game dan semua permainan yang bergantung semata-mata kepada nasib dan semua jenis permainan video.

(2) Persatuan atau ahli-ahli tidak harus cuba menghalang atau dengan cara juga Menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam Kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

(3) Persatuan tidak boIeh menjalankan loteri samaada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

(4) "Faedah" seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966,tidak boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Persatuan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan Persatuan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuat kuasakan mulai daripada tarikh Persatuan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhkan.


FASAL 17 PEMBUBARAN

(1) Persatuan ini tidak boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya Persatuan hendaklah dibubarkan secara yang disebutkan di atas,maka segala hutang dan tanggungan Persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftaran Pertubuhan dalam masa empat belas (14) hari tarikh pembubaran itu.

瓜拉冷岳爱心功德会 PERSATUAN PENYAYANG KUALA LANGAT SELANGOR.
D-1-9 Tingkat Atas, Jln Seri Pekan 5,Medan Seri Pekan 42700 Banting. 

© Copyright 2014 l  Designed by GDesign

You are the

Web Counter

Visitor.

QRCode

           

ONLINE
BANKING